Sunday, September 27, 2009
BLOG INI MASIH DALAM PEMBIKINAN
InsyAllah puluhan keris Gred A Terengganu akan masuki blog ini sedikit masa nanti buat rujukan dan tatapan rakan2 sekalian.
Friday, September 25, 2009
BUGIS ANTIK LOK 7 PAMOR BULAT2 UNIK





Panjang keseluruhan 18 inci. Panjang bilah 15 inci. Hulu gigi. Sampir kemuning tua dan batang serunai sena. Pamor Mata Ketitir dan gunungan dipangkal. pamor yang unik dan jelas. Mata yang sempurna.
Wednesday, September 23, 2009
BUGIS ANTIK LOK 7 SUSUNAN BESI TERBAIK





Panjang keseluruhan 18 inci. Panjang bilah 15 inci. Hulu sumbu sobek/ ukir. Sapir kemuning & batang serunai sena. Susunan besi yang menarik, teratur & berlapis. Pelbagai pamor yang jelas : Rama-Rama dipangkal, Pamor penimbal (Wangkong) dan sebagainya. Besi hitam & mata yang sempurna.
MALELA ANTIK LOK 3 BILAH SEMPURNA
Panjang keseluruhan 18 Inci. Bilah 14 Inci. Hulu Bohor Ukir. Pendokok Lama. Lurah & Alur/ Korok Yang Jelas Dan Mata Yang Sempurna.
BUGIS ANTIK TAPAK GAJAH LOK 9 BERBILAH UNIK





Panjang Keseluruhan 17 Inci, Panjang Bilah 14 Inci, Lebar Pangkal 2 Inci. Sarung Perak Hulu Gigi. Ketandaan Tapak Gajah Dikedua-Dua Bilahnya, Pamor Gunung, Penimbal & Wangkong Yang Unik, Jelas & Cantik. Bilahnya Unik Besi Hitam Arang Dan Sebelah Bilahnya Retak Seribu.
MALELA TULANG BULAT ANTIK LOK 5




Panjang keseluruhan 19 Inci, Panjang Bilah 15 Inci. Hulu Bohor Sobik. Batang Serunai Sena. Mata & Korok Yang Sempurna.
SEPOKAL ANTIK GANJA IRAS
Panjang keseluruhan 18.5 Inci, Panjang Bilah 15 Inci, Lebar Pangkal 3 Inci. Hulu & Sapir Kemuning. Batang Serunai Sena. Hulu & Sarung Dibalut Perak. Pamor Unik : Bawang Sebungkal Dipangkal, Pucuk Rebung Dari Ganjar - Hujung Tanpa Putus, Hujung Ada Gunung, Jarum Sepucuk / Anak Keris, Ada Gaat. Mata Sempurna.
BADIK ANTIK BERPAMOR BULU AYAM



Panjang Keseluruhan 16 Inci, Panjang Bilah 12 Inci. Hulu Akar Bohor. Sarung Dibalut Perak. Pamor Bulu Ayam Unik & Jelas. Mata Sempurna. Badik Ini Sekurang-Kurangnya Telah 7 Kali Merangkul Kejuaraan Dalam Katogeri Badik Di Pertandingan Di Kelantan, Terengganu Dan Di Seluruh Negara. Kejuaraan Terkini, Merangkul Johan Senjata Antik Katogeri Bebas Pada 1 Ogos 2009 Dipertandingan Keris Terbuka Terengganu Yang Berlangsung Di Muzium Terengganu.
ANAK ALANG ANTIK UNIK (KOLEKSI PERIBADI CIKGU MIE)




Panjang keseluruhan 14 inci. Panjang Bilah 10 inci. Dianggap 'Raja Anak Alang' kerana bentuknya yang sempurna serta keunikan tandaannya. Antara ketandaannya ialah lubang pecah retak di kiri kanan, anak sungai di kiri kanan, ada gaat, ada gunungan dipangkal dan sebagainya. Kualiti tinggi besi hitam halus. Hulu gigi ukiran burung serindit. Sampir kemuning tua dan sarung kemuning hitam tua yang dibalut perak. Anak Alang ini menjadi Johan Pertandingan Keris Katogeri Alang Tanpa Pamor pada 1 Ogos 2009 bertempat di Muzium Terengganu.
ANAK SUNDANG MALELA ANTIK (WARISAN PUSAKA CIKGU MIE)
Panjang Keseluruhan 21 Inci, Panjang Bilah 15 Inci. Batang Serunai Sena Bercorak. Hulu Kemuning. Sarung Dan Hulu Dibalut Perak. Mata Melela Hitam Asli. Korok Jelas Dan Dalam. Mata Yang Sempurna. Keris Ini Pernah Menjadi Johan Pertandingan Keris Katogeri Tanpa Pamor Pada 28 Oktober 2008 Di Kuala Lumpur.
PENGENALAN KERIS GRED A TERENGGANU
Blog ini cuba memaparkan pelbagai bentuk senjata Gred A di Terengganu. Sebahagian besarnya adalah koleksi peribadi penulis.
Subscribe to:
Posts (Atom)